suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Manchester United buat kecoh, Glazer dikecam gara-gara tiada jualan makanan, minuman di Old Trafford

Manchester United menentang Middlesbrough di Old Trafford. foto Reuters

PENYOKONG Manchester United berang susulan pengumuman mengenai tiada makanan atau minuman dijual di Old Trafford pada Jumaat malam.

Pemilik kelab, keluarga Glazer menjadi sasaran penyokong yang tidak berpuas hati dengan pendedahan bahawa mereka tidak akan dapat membeli sebarang minuman pada separuh masa.

Ketika itu, Manchester United menentang pasukan Middlesbrough pada pusingan keempat Piala FA pada Jumaat malam.

Bagaimanapun stadium kecoh berikutan pengumuman sejurus sebelum pengadil menamatkan 45 pembukaan.

Penyokong diberitahu ia berpunca daripada isu teknikal di Old Trafford, menyebabkan bar dan kiosk di stadium tidak dapat menghidangkan makanan atau minuman pada separuh masa.

Mereka kemudian menimbulkan kekecohan di sekeliling stadium sebelum penyokong tuan rumah menyalahkan pemilik kelab yang kontroversi dengan laungan 'Kami mahu Glazer keluar'.

Kemarahan mereka terhadap keluarga Glazer turut mendapat sokongan di media sosial apabila beberapa penyokong menggunakan Twitter untuk menyelar pengendali kelab. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain