suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama mendiamkan diri, Hamilton akhirnya muncul... apa berlaku sebenarnya?

Lewis Hamilton mendiamkan diri di media sosial sejak Disember. Foto: Getty.

JAGUH Formula 1 (F1) Lewis Hamilton lama mendiamkan diri di media sosial sejak Disember lalu.

Rindu peminat bagaimanapun terubat apabila Hamilton muncul dalam satu rakaman video menerusi platform media sosial China iaitu Weibo.

"Hi semua, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina. Semoga tahun baharu ini membawa tuah dalam apa jua yang kamu idamkan," ujarnya.

Dalam video itu, Hamilton muncul bersama rakan sepasukannya iaitu George Russell.

Untuk rekod, Hamilton mula mendiamkan diri selepas 'mimpi ngeri' yang berlaku di Timur Tengah dua bulan lalu.

Dalam perlumbaan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Hamilton gagal mempertahankan kejuaraan dan tewas kepada Max Verstappe.

Musim baharu F1 akan bermula di Grand Prix Bahrain pada 20 Mac ini. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain