suria

“Jangan cemburu” - Evra acah-acah tayang badan seperti Ronaldo selepas iklan seluar dalam

Evra (kanan) memuat naik fotonya tidak berbaju sebagai gurauan kepada posting iklan seluar dalam Ronaldo.

UMUR sekadar nombor bagi bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Pada usia Ronaldo 36 tahun, anda boleh memaafkan beliau kerana berpindah ke MLS atau China, seperti kelaziman rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, beliau masih berjaya meraih gol minggu demi minggu untuk Juventus dalam perlawanan Serie A dan bersaing di peringkat tertinggi di Eropah.

Kunci utama pencapaian Ronaldo adalah diet, dan bagaimana beliau menjaga dirinya sendiri.

Pada 2018, Ronaldo mengaku mempunyai usia biologi hanya 23 tahun!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, ia bukan halangan kepada bekas rakan sepasukan Manchester United dan sahabat lama, Patrice Evra untuk menayangkan beberapa gambar tidak berbaju di Instagram.

Evra memuat naik gambarnya tanpa berbaju akaun Instagramnya, dan menulis: "Tiada alkohol, tiada rokok, ambil makanan sihat, anda boleh bergaya seperti @cristiano sebelum menikmati mandan air panas... jangan cemburu bro. Saya hanya ingin berkongsi."

Posting gurauan yang dimuat naik Evra, selepas beberapa hari Ronaldo membuat perkongsian mengenai iklan seluar dalamnya di laman Instagram.

Evra yang merupakan tiga tahun senior daripada Ronaldo, bersara dari bola sepak profesional pada 2018, setelah membuat penampilan untuk West Ham.

Kedua-dua mereka bermain sebagai rakan sepasukan di Manchester United antara 2006 dan 2009. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain