suria

Covid-19: Aksi Euro 2020 mungkin dibatal

Pasukan Portugal menjulang trofi juara Euro empat tahun lalu.

KESATUAN Bola Sepak Eropah (Uefa) ketika ini sedang mengkaji semula penganjuran kejohanan Euro 2020 ekoran penularan wabak koronavirus di benua tersebut.

Beberapa perlawanan bola sepak di Liga Itali dan penganjuran kejohanan olahraga di negara tersebut telah dibatalkan juga menjadi kebimbangan Uefa.

Meskipun belum diketahui Covid-19 akan memberikan kesan atau tidak terhadap Euro 2020 atau tidak, Uefa sedang memantau perkembangan negara-negara yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

"Kami sedang memantau setiap negara, dan perlu akur dengan keputusan kerajaan masing-masing," kata wakil Presiden Uefa, Michele Uva kepada Eurosport.

Uva juga tidak menolak kemungkinan Euro 2020 dibatalkan.

Stadium Olimpico yang terletak di Roma, Itali menjadi salah satu venue pertandingan. Tiga perlawanan peringkat kumpulan dan satu perlawanan suku akhir akan dilangsungkan di situ.

Sebelum ini, wabak koronavirus yang melanda daerah Lombardy dan Veneto telah mendatangkan kebimbangan buat penonton untuk datang ke stadium.

Antara perlawanan yang terjejas adalah antara Napoli menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Selain UEFA, Persatuan Bola Sepak England (FA) juga sedang memandang serius perkara ini. Di England, Stadium Wembley merupakan stadium paling banyak digunakan dalam Euro 2020.

Stadium Wembley bakal melangsungkan perlawanan di peringkat kumpulan, separuh akhir dan akhir. - CNN Indonesia

EURO 2020, bola sepak, Itali, England

Artikel Lain