suria

Hutang Manchester United meningkat dalam tempoh tiga bulan

Bruno Fernandes dibeli pada pertengahan musim ini dari Sporting Lisbon. Foto: REUTERS
MANCHESTER United telah mengeluarkan sebuah laporan yang menunjukkan hutang bersih mereka meningkat dari £73.6j kepada £391.3j.

Pernyataan tersebut dikeluarkan oleh bahagian kewangan Manchester United yang turut memberitahu keuntungan melalui siaran langsung juga menurun sebanyak 37.6 peratus. 

Ini disebabkan Manchester United tidak bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

Berkenaan jumlah hutang yang besar itu, pemilik kelab tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah dan menganggap ianya masih didalam kawalan.

Peningkatan hutang juga berlaku disebabkan pembelian bintang Sporting Lisbon, Bruno Fernandes yang bernilai £46.5j.

Namun, tindakan Ole Gunnar Solskjaer itu disokong oleh ketua eksekutif kelab, Ed Woodward yang berhasrat untuk mengekalkan khidmat legenda kelab itu pada musim hadapan.

Ed Woodward mahu mengekalkan khidmat Solskjaer pada musim hadapan. Foto: AFP


"Kami akan memberikan persembahan yang terbaik dalam saingan liga, Piala Eropah dan Piala FA dalam baki saingan musim ini.

"Kami sekarang dalam proses membina semula pasukan ini dengan adanya pembelian pemain baru serta kemasukan daripada akademi," kata Woodward.

Dia juga bangga akan prestasi yang dipamerkan oleh pemain-pemain akademi kelab yang majoritinya mendapat masa nermain di bawah kendalian Solskjaer.

"Akademi kami telah melahirkan pemain-pemain yang berkualiti. Separuh daripada gol kami pada musim ini juga dijaringkan oleh mereka," ujarnya.

Manchester United kini menduduki tangga kelima liga dan dijangka akan melengkapkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah bagi menggantikan Manchester City yang digantung selama dua tahun. - The Guardian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain