suria

Bekas pemain Arsenal didakwa terlibat aktiviti seksual bersama kanak-kanak

Robinson didakwa terlibat dengan aktiviti seksual kanak-kanak.

PEMAIN berusia 22 tahun, Tyrell Robinson dibuang daripada kelab Bradford selepas didakwa terlibat dengan aktiviti seksual bersama kanak-kanak.

Bekas pemain sayap Arsenal itu ditahan pada Ogos 2018 berikutan tuduhan berkaitan dengan serangan seksual.

Sebelum ini Robinson hanya digantung oleh kelab, namun kini kontraknya telah ditamatkan.

"Tyrel Robinson,22, didakwa dengan kaitan aktiviti seksual bersama kanak-kanak.

"Dakwaan kesalahan terhadap tertuduh berlaku di Bradford pada Ogos 2018.

"Dia juga didakwa dengan membuat gambar lucah kanak-kanak dan dua tuduhan mengedar gambar lucah kanak-kanak dan telah diarahkan untuk hadir ke mahkamah pada 7 April," jelas Polis West Yorkshire.

Susulan daripada itu, Bradford memutuskan untuk memecat Robinson.

"Bradford City Football telah berpisah dengan Tyrel Robinson.

"Ia  dibuat selepas pihak polis West Yorshire mengesahkan dakwaan terhadap Robinson, berikutan tangkapan yang dilakukan pada Ogos 2018.

"Kontrak sedia ada Robinson dibatalkan berikutan perbuatan salah laku. Kelab tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi selepas ini berhubung perkara tersebut. - Dailystar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain