suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ole Out... Ole Out! Penyokong United mahu Solskjaer dipecat

Penyokong mahu Solskjaer dipecat.

PENYOKONG Manchester United meluahkan rasa kurang senang terhadap prestasi Ole Gunnar Solskjaer.

Lebih parah, penyokong menggesa agar dia dipecat serta-merta susulan keputusan seri tanpa jaringan United ketika bertemu Wolves pada pusingan ketiga Piala FA, awal pagi Ahad.

Selepas tewas di tangan Arsenal Rabu lalu, United sekali lagi tampak bergelut memburu momentum.

Susulan keputusan seri itu, kedua-dua pasukan perlu menghadapi aksi ulangan di Old Trafford pada akhir bulan ini.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, penyokong United membuat posting di Twitter menggesa agar Solskjaer dipecat.

"Pecat Solskjaer ASAP," tulis salah seorang penyokong United.

"Pecat dia. 0 gol... memalukan. Ole Out Ole Out!" kata seorang lagi penyokong.

Solskjaer bagaimanapun tetap mempertahankan pasukannya biarkan gagal melakukan sebarang kejutan.

"Saya lebih gembira kami akan menghadapi aksi ulangan, ia tempat yang sukar.

"Mereka mempunyai peluang. Sergio Romero menyelamatkan bola dengan cemerlang. Dia memberi tekanan kepada David de Gea," katanya. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain