suria

Bekas pemain Chelsea dedah nyaris sebabkan pemilik kelab terbunuh

Roman Abramovich. Foto X90004/Mirror

BEKAS pemain Chelsea, Pat Nevin mengimbas semula bagaimana pemilik Chelsea, Roman Abramovich nyaris terbunuh ketika bercuti.

Bekas pemain sayap itu memberitahu bagaimana dia memandu sehingga nyaris melanggar basikal yang ditunggangi Abramovich di pulau Arran di Scotland.

Nevin yang membuat hampir 200 penampilan liga untuk Chelsea pada 1980-an.

Dia kemudian terpaksa membuat tindakan kecemasan bagi mengelakkan daripada melanggar basikal Abramovich.

Abramovich dan Nevin pernah bertemu, tetapi jutawan berkenaan tidak mengenalinya dalam insiden tersebut.

Nevin yang masih memberi khidmat untuk tugas-tugas media buat Chelsea, tidak pernah mendedahkan perkara itu.

Bercakap kepada BBC Radio Scotland, Nevin berkata: "Kira-kira tiga tahun lalu, saya pergi bercuti di Arran dan memandu ke utara Arran.

"Setiap kali anda pergi bercuti di sana, anda akan memandu bersiar-siar ke seluruh pulau.

"Saya melalui satu selekoh dan hampir melanggar seorang penunggang basikal. Saya dapat mengelakkannya... jika tidakm saya boleh menyebabkan lelaki itu terbunuh.

"Dan penunggang basikal itu adalah Roman Abramovich," katanya. - Mirror

Roman Abramovich, Chelsea, Pat Nevin

Artikel Lain