suria

Kepulangan dinanti, Ibrahimovic dilabel ‘Star Wars’

Zlatan Ibrahimovic bersama jersi baharunya di AC Milan. Foto Reuters

BINTANG bola sepak, Zlatan Ibrahimovic digelar sebagai 'Star Wars' selepas kepulangannya ke kelab AC Milan. 

Media Itali meraikan kepulangan pemain kelahiran Sweden itu ke Itali.

Milan sebelum ini mengalami musim yang buruk, mengumpul separuh daripada mata pencabarnya dalam liga, meninggalkan mereka di kedudukan ke-11.

Kekalahan 0-5 oleh Atalanta dalam perlawanan sebelum cuti musim sejuk juga menyaksikan krisis yang semakin memuncak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Ibrahimovic kembali ke AC Milan

Bagaimanapun, kepulangan penyerang berketinggian enam kaki dan lima inci menyaksikan keterujaan banyak pihak.

Akhbar Itali, Gazzeta Gazzetta dello Sport menerusi muka hadapannya melabelkan pemain itu sebagai 'Star Wars Ibra' selain turut mengalu-alukan bintang berkenaan.

Ibrahimovic menghiasi muka hadapan akhbar Gazzeta Gazzetta dello Sport.

Bekas pemain Manchester United dan Barcelona itu yakin kepulangannya dapat mencetuskan perubahan yang positif dalam Milan. 

"Saya ingat berada di sini di tempat sama beberapa tahun lalu," katanya kepada Milan TV.

"Perkara penting adalah saya di sini, saya sangat gembira. 

"Saya sentiasa berkata inilah rumah saya, dan akhirnya saya kembali.

"Saya telah menyertai kelab-kelab lain buat sementara waktu, tetapi saya telah kembali dan itulah yang penting," ujar Ibrahimovic. - Mail Online

Artikel Lain