suria

Skuad Real Madrid bergaya dengan kereta mewah baharu, Ramos pilih harga paling mahal

Ramos memilih rekaan terbaharu dan paling mahal sebagai hadiahnya. Foto: Real Madrid.

REZEKI datang bergolek buat semua pemain-pemain dan jurulatih skuad Read Madrid apabila dihadiahkan sebuah kereta mewah setiap seorang.

Pengeluar kereta dari Jerman yang merupakan penaja utama kelab, Audi membenarkan pemain-pemain memilih kereta idaman masing-masing.

Kapten kelab, Sergio Ramos memilih kereha terbaharu dan paling mahal untuk dibawa pulang dengan harga 86,000 (RM466, 875), Lunar Blue Audi A850 TDI Quattro Tiptronic.

Pemain-pemain juga diberi peluang untuk memilih nombor plat selepas satu majlis tahunan kelab yang berlangsung Isnin lalu.

Zidane memilih kereta paling murah berbanding dengan pemain-pemainnya. Foto: Real Madrid

Pengurus kelab, Zinedine Zidane memilih kereta RS 3 Sportback TFSI quattro S Tronic berwarna hitam yang merupakan varian paling murah dalam senarai yang disediakan, 65,000 paun (RM352,870).

Sementara itu, karim Benzema dan Thibaut Courtois turut mengikut jejak jurulatihnya memilih kereta yang sama, namun hanya berbeza warna.

Brahim Diaz, Luka Jovic, Mariano, Luka Modric, Rodrygo, Casemiro, Ferland Mendy, Gareth Bale, Isco, Alphonse Areola dan Eder Militao memilih kereta paling popular iaitu Q7 50 TDI.

Real Madrid berharap dengan hadiah kereta mewah yang baharu ini dapat memberi motivasi kepada semua pemain untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam aksi La Liga musim ini. -Dailymail.co.uk

Audi, ahdiah, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain