suria

Gaji lumayan, Shaw tak kedekut hadiahkan 50 hamper mahal kepada semua staf di Carrington

Shaw setiap tahun berkongsi rezeki sempena perayaan Krismas bersama staf-staf di Pusat Latihan Carrington.

LUKE Shaw telah membeli 50 buah hamper dari Harrods untuk diberi kepada semua staf di pusat latihan Carrington.

Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu menghabiskan lebih kurang 12,500 paun (RM68, 800) untuk mebeli 50 buah hamper bernilai 250 paun setiap satu.

Shaw tidak pernah terlepas peluang menghadiahkan kepada mereka sejak dua tahun lalu pada musim perayaan Krismas.

Salah seorang staf di pusat latihan berkata: "Dia seorang yang sangat baik. Dia telah berbuat demikian sejak beberapa tahun lalu. Ia sesuatu yang menggembirakan.

"Apabila melihat hamper itu, ia bukan sesuatu yang murah."

Shaw yang menyambung kontrak baharu tahun lalu difahamkan menerima gaji sekitar 165,000 paun seminggu (RM908,130) dan kini kembali ke skuad utama selepas berehat daripada kecederaan.

Shaw dijangkan akan berada dalam senarai pemain menjelang perlawanan suku akhir Piala EFL bertemu Colchester United Rabu ini.- Dailymail.co.uk

Artikel Lain