suria

Sekumpulan pemain ragbi berbogel jadi ‘bola boling’ selepas kalah perlawanan

Pemain ragbi bertindak membogelkan diri menjadi seperti bola boling selepas kalah dalam satu perlawanan. Foto NC

SEKUMPULAN pemain ragbi dirakamkan berbogel untuk menyertai permainan boling 'manusia' selepas kalah dalam perlawanan.

Video yang menggemparkan itu merakamkan pemain-pemain ragbi dari kelab Ashington RFC.

Kesemua mereka bertindak berani dengan berbogel untuk menjadi 'bola boling'.

Rakaman diteruskan apabila setiap lelaki dilepaskan ke lantai yang dipenuhi sabun, sehingga merempuh himpunan kerusi yang dijadikans seperti pin boling.

Rempuhan itu mengakibatkan himpunan kerusi akan jatuh menghempap lelaki berkenaan, sambil kedengaran bunyi tepukan mereka yang lain.

'Permainan' tersebut dilakukan di rumah kelab berkenaan selepas pasukan itu tewas kepada Ponteland di kubu mereka pada Sabtu.

Jurucakap kelan itu hanya ketawa ketika diminta mengulas mengenai kejadian.

Dalam ulasan bersama Daily Star Online, dia mendakwa berada pada majlis keluarga tetapi menyedari insiden itu.

"Saya fikir mereka bodoh jika kamu tanya saya."

Dia bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan mahupun mengesahkan pemain mana yang terlibat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu: "Semua individu yang digunakan sebagai 'bola boling manusia' melakukannya dengan sukarela dan menyedari risiko melakukannya". - Daily Star


ragbi, bogel, boling

Artikel Lain