suria

Messi akui gembira jika Neymar kembali ke Barcelona

Messi bersama Neymar (kanan) ketika beraksi bersama dengan Barcelona.

LIONEL Messi mendedahkan bahawa bekas rakan sepasukannya Neymar terdesak untuk kembali ke Barcelona.

Dalam satu temuramah bersama Diario Sport, Messi memberitahu dia tidak pasti sejauh mana ahli lembaga kelab berusaha untuk membawa Neymar kembali ke Barca.

"Saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai perbincangan untuk memastikan jika Barcelona telah melukan segala yang mungkin.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku dalam ahli lembaga. Saya tahu apabila bercakap dengan Neymar dan dia beritahu apa yang berlaku. Dia sangat terdesak untuk kembali," ujarnya.

Sebelum ini Sportmail melaporkan bahawa Barcelona tidak mahu mengikat Neymar kembali tetapi mengambil kira keinginan bintang itu.

"Saya sanagt suka jika Neymar kembali. Saya faham sesetengah orang membantah.

"Dan ia adalah perkara normal selepas semuanya yang berlaku dengan Neymar dan cara dia meninggalkan kelab (pergi ke Paris Saint Germain).

"Ia sangat logik mengapa ramai orang tidak suka melihat dia kembali. Tetapi mengambil kira tahap dia sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

"Tetapi apa yang pasti sudah tentu dia boleh menambahkan lagi kemungkinan untuk mendapatkan keputusan yang kita mahukan. 

"Saya sangat gembira jika dia kembali," tambah Messi.- Dailymail.co.uk

Messi, Neymar, Barcelona

Artikel Lain