suria

Pogba terlepas gaji RM2.2 juta seminggu di PSG gara-gara Neymar belum pindah

Pogba terlepas peluang ke PSG musim ini.

PAUL Pogba dilaporkan bersetuju menerima gaji 429,000 paun (RM2.2 juta) seminggu bersama Paris Saint-Germain (PSG) sebelum tarikh tutup jendela perpindahan.

Namun perjanjian itu terbantut apabila Neymar masih berada di PSG.

Pemain tengah Manchester United itu menjadi perhatian beberapa pasukan gergasi lain termasuk Barcelona, Real Madrid dan PSG.

Menurut laporan Calciomercato, United telah bersetuju untuk menjual Pogba kepada kelab juara Perancis itu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Namun sebaliknya berlaku dan Pogba terlepas peluang mendapat 22 juta paun gaji tahunan yang telah disediakan oleh Thomas Tuchel itu.

Malah penaja utama Adidas turut dilaporkan memainkan peranan penting untuk memastikan Pogba kekal di Manchester.-Dailymail.co.uk

Paul Pogba, PSG, Mancheter United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain