suria

Fifa pandang serius tindakan pemain wanita Cameroon ludah, pijak lawan

Toni Duggan menunjukkan lengannya yang diludah pemain Cameroon.

FIFA memandang serius tindakan pemain wanita Cameroon yang bertindak di luar batasan ketika aksi suku akhir Piala Dunia Wanita yang menyaksikan England menang 3-0.

Pemain Cameroon dilihat meludah dan memijak anak buah Phil Neville.

Badan induk bola sepak dunia itu percaya pengadil yang bertugas Qin Liang tidak ada pilihan lain tanpa menggunakan VAR (Video Bantuan Pengadil) untuk membuat keputusan.

Fifa yakin keputusan pengadil Qinn adil waluapun mendapat bantahan daripada pemain Cameroon.

Rakaman itu menunjukan Fran Kirby dihadiahkan penalti, manakala Alexandra Takounda diarah keluar padang kerana memijak Steph Houghton.

Sportsmail difahamkan, tindakan skuad Cameroon bermula apabila pergaduhan kedua-dua penyokong berlaku berkaitan dengan tiket di hotel kedua-dua pasukan.

Malah mereka juga mendakwa menjadi mangsa rasis apabila pemain-pemain menjerit ‘it’s a white World Cup’ ketika dalam perjalanan di terowong pemain selepas perlawanan. - Dailymail.co.uk

Piala Dunia Wanita, Cameroon, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain