suria

Pogba tampil dalam rancangan TV Korea Selatan, 'berperang' dengan Kim Jong Kook

Aksi Pogba dan Kim Jong Kook yang mencuit hati peminat mereka.

KEMUNCULAN pemain Manchester United (MU), Paul Pogba menerusi sedutan televisen rancangan televisyen Korea Selatan My Ugly Duckling menarik perhatian ramai.

Sedutan itu memaparkan interaksi antara Pogba dengan bintang Running Man, Kim Jong Kook.

Kelihatan bersahaja dan menghiburkan, kolaborasi dua nama besar itu dijangka menjadi tarikan utama untuk episod berkenaan.

Selain bermain bola, Kim Jong Kook dan Pogba turut menyertai beberapa aktiviti fizikal yang lain.

Malah, mereka juga sempat berjenaka antara satu sama lain.

Sedutan itu turut memaparkan pelakon Lee Sung Min dan Kim Sung Kyun. - Soompi.

Artikel Lain