suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brazil menang besar, Firmino jaring gol ajaib

Firmino menjaringkan gol tanpa menoleh ke gawang lawan.

ROBERTO Firmino menjaringkan gol ajaib ketika Brazil menundukkan Peru 5-0 untuk mara ke pusingan kalah mati Copa America 2019 pada Sabtu.

Rakaman video menunjukkan tonggak utama Liverpool itu merembat masuk gol tanpa menoleh ke gawang lawan.

"Saya masih lagi ingat cara sama ketika saya menjaringkan gol untuk Hoffenheim.

"Saya cuba menipu penjaga gol sebelum menggelecek bola dan merembat masuk ke gawang lawan. Idea itu datang secara spontan," katanya.

Namun Firmino menyedari risiko yang bakal terjadi ketika menjaringkan gol dengan cara begitu.

"Ia berbahaya. Anda boleh terlepas gol itu. Namun apabila peluang datang, saya melakukannya," katanya.

Brazil mengesahkan kemenangan apabila Roberto Firmino dan Everton menjaringkan gol sebelum rehat.

Dani Alves menjaringkan gol di awal babak kedua sekali gus memberi tekanan tambahan kepada Peru, dan selepas Willian menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan, Gabriel Jesus memperoleh penalti pada minit kecederaan.

Penjaga gol Peru Pedro Gallese bagaimanapun menyelamatkan sepakan penalti Jesus. - Givemesport.com

Roberto Firmino, Brazil, Copa America

Artikel Lain