suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kane kahwini kawan baik sejak kecil

Kane dan Kate sah bergelar suami isteri.
HARRY Kane akhirnya menamatkan zaman bujang apabila mengahwini kekasihnya, Kate Goodland dalam satu majlis serba mewah.

Bintang Tottenham Hotspur itu berkongsi berita gembira itu dengan pengikutnya di Instagram.

"Akhirnya dapat berkahwin dengan kawan baik saya! Saya cinta kamu @KateGoodlandx," tulis Kane pada kapsyen gambar perkahwinannya.

Jamie Redknapp antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Pasangan yang berkawan baik sejak kecil itu bertunang pada Julai 2017, dua bulan selepas memperkenalkan anak perempuan mereka, Ivy Jane kepada umum.

Mereka menyambut anak kedua, Vivienne Jane pada Ogos tahun lalu.

Kane dan Kate lebih suka merahsiakan hubungan mereka pada masa lalu dan hanya berkongsi beberapa keping gambar bersama di media sosial masing-masing. - Metro.co.uk


Harry Kane, kahwin, Kate Goodland

Artikel Lain