ONE Championship: Agilan rakam kemenangan dalam aksi kemunculan sulung - Sukan | mStar

ONE Championship: Agilan rakam kemenangan dalam aksi kemunculan sulung

Agilan (kanan) berjaya menumpaskan pesaing dari Jepun pada aksi sulung kemunculannya.

BEKAS pencabar gelaran juara dunia Agilan 'Alligator' Thani berjaya mencatat kemenangan pada kemunculan sulungnya bertemu lagenda Jepun, Yoshihiro 'Sexyama' Akiyama dengan kemenangan sebulat suara pada aksi ONE: Legendary Legend di China minggu lalu.

Jaguh MMA negara ini mempamerkan kemahiran serangan yang semakin baik dalam kategori Campuran Welterweight, dengan menggunakan pelbagai kombinasi tinju ketika Akiyami cuba menyelamatkan keadaan menerusi teknik judonya.

Agilan  turut mendominasi pergelutan sepanjang pertarungan. Bagaimanapun, selepas tiga pusingan perlawanan yang sengit, ketiga-tiga pengadil memihakkan kemenangan kepada Agilan.

Sementara itu, Stamp Fairtex dari Thailand berjaya mengatasi menewaskan pesaing Alma Juniku dari Australia untuk mengekalkan Kejohanan Dunia ONE Atomweight Muay Thai.

Kedua-dua pesaing wanita itu berentap dalam lima pusingan penuh aksi, berbalas serangan menerusi pelbagai kombinasi.

Sepanjang pertarungan, Stamp dilihat mempamerkan dominasinya, selain sering mendapat peluang menghayunkan pukulan. Di akhir perlawanan, pengadil perlawanan memberikan kemenangan kepada Stamp menerusi keputusan sebulat suara.

Stam (kiri) mengekalkan tali pinggang juara Muay Thai bagi kategori atomweight.
 

Bagi perlawanan ONE Super Series bantamweight kickboxing, bintang tempatan,  'Muay Thai Boy' Zhang Chenglong berjaya memberikan pukulan kalah mati yang menumpaskan petarung dari Australia, Tyler Hardcastle, sekali gus meraih kemenangan penyudah pada pusingan pertama.

Aksi bermula rancak sebaik loceng perlawanan dibunyikan, dengan kedua-dua petarung bertemu di tengah gelanggang ONE Championship.

Selepas beberapa pertukaran sengit, Zhang tangkas meledak dengan memberikan pukulan dari atas yang mengena tepat ke dagu kanan pesaingnya, sebelum petarung dari Australia itu rebah serta merta.

Bagi perlawanan ONE Super Series bantamweight Muay Thai, bekas pencabar Juara Dunia ONE, Han Zi Hao dari China, tampil memberikan persembahan menarik menewaskan pesaingnya, Andrew 'Maddog Fairtex' Miller dari Scotland.

Perlawanan menjadi sengit apabila kedua-dua petarung enggan berundur.

Di akhir pusingan pertama, Han mempamerkan aksi agresif dan membawa momentum itu ke pusingan kedua, dan dia berjaya menjatuhkan Miller sebanyak dua kali bagi mendapatkan kemenangan kalah mati (knockout).

Pesaing featherweight yang meningkat naik, Koyomi 'Moushigo' Matsushima dari Jepun dan 'Pretty Boy' Kwon Won Il dari Korea Selatan masing-masing mempamerkan aksi bersemangat dan dalam pertarungan tiga pusingan.

Walaupun Kwon tampil berkuasa, Matsushima mempamerkan kemahirannya bergusti dan mengawal pergerakan Kwon Won sepanjang majoriti perlawnaan.

Ketiga-tiga pengadil akhirnya menghadiahkan kemenangan kepada bintang dari Jepun itu dengan keputusan sebulat suara.

Pada perlawanan sengit kickboxing ONE Super Series, petarung light heavyweights Tarik 'The Tank' Khbabez dari Morocco dan Anderson “Braddock” Silva dari Brazil menghangatkan suasana Baoshan Arena dengan persembahan menarik dan penuh aksi.

Menerusi tiga pusingan sengit, kedua-dua jaguh kickboxing itu memberikan perlawanan terbaik dan memperlihatkan beberapa kombinasi persembahan yang cukup bertenaga di tengah gelanggang.

Kedua-dua petarung dilihat enggan menyerah kalah, bagaimanapun, Khbabez akhirnya dinobatkan sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara.

Reinier 'The Dutch Knight' De Ridder dari Belanda berjaya mengekalkan rekod bersihnya dengan kadar kemenangan penamat 100 peratus dengan aksi teknikal pukulan kalah mati (TKO), kali ini menumpaskan Gilberto 'Giba' Galvao dari Brazil.

Sebaik loceng permulaan dibunyikan, De Ridder mengawal aksi perlawanan selain berjaya menutup jarak dan mendapatkan dominasi bagi pergelutan awal. Pada pusingan kedua, De Ridder meletakkan kepala Galvao dalam posisi 'headlock' depan dan memberikan beberapa hantaran lutut sekali gus memaksa lawan untuk menyatakan keinginan menyerah kalah.

Agilan , ONE Championship

Artikel Lain