Torres umum bersara pada usia 35 tahun - Sukan | mStar

Torres umum bersara pada usia 35 tahun

Torres umum bersara dalam kariernya.

FERNANDO Torres mengambil keputusan bersara sebagai pemain pada usia 35 tahun.

Torres merupakan pemain prolifik sejak remaja di Atletico Madrid sebelum mencipta nama bersama Liverpool dengan merakam 81 gol sepanjang empat musim.

Torres merupakan produk 'kelahiran' Atletico Madrid.

Selepas itu dia berhijrah ke Stamford Bridge bersama Chelsea dan membantu menjulang trofi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA.

Selepas itu Torres kemabli ke Atletico Madrid tahun lalu sebelum berhijrah ke kelab Jepun Sagan Tosu.

Torres antara watak utama ketika Sepanyol menjulang trofi juara Piala Dunia 2010 memuat naik posting di Twitternya: "Saya ada perkara penting hendak disampaikan. Selepas 18 tahun yang menakjubkan, akhirnya tiba masa untuk mengakhiri karier sebagai pemain bola sepak," tulis Torres.

Torres antara pemain penting ketika di Anfield.

Torres menggantung butnya dengan rekod 298 gol bersama kelab dan pasukan antarabangsa dan bakal diingati sebagai salah seorang penyerang berbisa dunia.

Ketika bersama Liverpool 2007, Torres berjaya merakam 24 gol dalam aksi Liga Perdana ketika musim pertamanya. -Dailymail.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain