suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lampard semakin hampir terajui Chelsea

Frank Lampard.

PELANTIKAN Frank Lampard sebagai pengurus baharu Chelsea akan dimuktamadkan dalam tempoh dua hari lagi.

Bekas pemain tengah Chelsea itu merupakan calon pilihan untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Maurizio Sarri yang kembali ke Itali minggu lalu.

Ketika ini Lampard masih lagi mengemudi Derby County.

Pengendali berusia 41 tahun itu dijangka meninggalkan The Rams pada musim panas ini.

Namun talkSPORT melaporkan kepulangan semula Lampard ke Stamford Bridge sudah semakin hampir direalisasikan.

Lampard akan disertai beberapa kakitangan kejurulatihannya di Derby termasuklah pembantu pengurus Jody Morris yang juga bekas pemain tengah Blues.

Selain Lampard, kehadiran Morris diharap dapat memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda Chelsea untuk beraski dalam skuad utama pasukan itu musim depan.

Chelsea dijangka membayar wang pampasan sebanyak 4 juta pound sterling kepada Derby bagi mendapatkan Lampard yang menandatangani kontrak tiga tahun bersama juara Liga Europa itu. - Mirror.co.uk

Frank Lampard, Chelsea

Artikel Lain