Legenda F1 Niki Lauda meninggal dunia selepas lapan bulan jalani pemindahan paru-paru - Sukan | mStar

Legenda F1 Niki Lauda meninggal dunia selepas lapan bulan jalani pemindahan paru-paru

Lauda meninggal dunia selepas lapan bulan menjalani pemindahan paru-paru.

LEGENDA Formula 1 Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Ahli keluarga mengesahkan Lauda meninggal dunia pada Isnin.

Lauda yang menjuarai perlumbaan kejuaraan F1 pada tahun 1975 dan 1977 bersama Ferrari dan 1984 dengan McLaren meninggal dunia selepas lapan bulan menjalani pemindahan paru-paru.

Pelumba kelahiran Austria ini dianggap salah seorang pelumba terbaik dan pada 1976, Lauda mengalami kecederaan teruk apabila jenteranya terbakar pada saingan Grand Prix Jerman.

Insiden jentera Lauda pada tahun pada GP Jerman 1976.

Namun dia mengejutkan seluruh peminat sukan permotoran dunia apabila kembali membuat penampilan enam minggu kemudian.

"Dengan dukacitanya, mengumumkan bahawa kesayangan kami Niki telah meninggal dunia dengan tenang di samping keluarga pada Isnin.

"Pencapaian unik sebagai atlet dan usahawan tidak akan dilupakan. Dia seorang yang tidak mengenal penat, sikap telus dan semangatnya masih kekal.

"Dia merupakan 'role model' dan penanda aras buat kami semua. Dia seorang suami, bapa dan datuk yang penyayang," jelas satu kenyataan dari keluarganya.

Lauda bersama  teman wanita Marlene pada tahun 1976 yang menjadi isterinya selepas itu.

Laporan agensi berita Austria sebelum ini memberitahu bahawa Lauda berada di sebuah klinik swasta di Switzerland menjalani analisis. Dia menjalani pemindahan buah pinggang pada tahun 1997 dan 2005.

Sementara itu Walter Klepetko yang menjalani pemindahan paru-paru ke atas Lauda memberitahu : "Niki Lauda telah meninggal dunia. Saya perlu mengesahkannya." -Dailymail.co.uk

Niki Luada , meninggal dunia , Austria

Artikel Berkaitan

Artikel Lain