suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video pengadil mati diserang sakit jantung tular, tarik perhatian presiden Bolivia

Paparan skrin rakaman sewaktu Victor diserang sakit jantung yang menjadi viral.

VICTOR Hugo Hurtado sedang mengendalikan perlawanan bola sepak sebelum dia rebah di padang.

Pengadil itu diserang sakit jantung sebelum dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Malah, detik dia rebah turut dirakam dan disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan di Bolivia.

Berusia 32 tahun, dia pada waktu itu sedang mengadili perlawanan sebelum rebah pada minit ke-47.

Malah, video detik serangan sakit jantung itu turut tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, pemain bola sepak yang berada di tempat kejadian meluru ke arah Victor selepas dia rebah.

Kematiannya turut mendapat perhatian presiden Bolivia, Evo Morales.

Dia menyampaikan ucapan takziahnya menerusi laman Twitter buat pengadil itu. - Daily Mail.

Artikel Lain