suria

Akhirnya dapat jumpa idola, surat 'air mata' peminat Messi tular

Santiago bertemu Messi pada Khamis lalu.

SIAPA yang tidak gembira seandainya dapat bertemu idola yang sudah lama diminati?

Begitulah kisahnya melibatkan Santiago Alberione yang bertemu dengan Lionel Messi pada Khamis lalu.

Dia bertemu dengan bintang itu di Castelldefels, Baix Llobregat, Sepanyol.

Santiago turut berkongsi foto pertemuan itu menerusi media sosial.

Malah, surat penuh emosi yang ditulis oleh Santiago turut menjadi tular.

"Jika kamu peminat Messi, saya harap anda tak baca surat ini.

"Hari ini saya berjaya mencapai impian terbesar, saya bertemu Lionel Andres Messi.

"Saya berpeluang ambil gambar dengannya yang menjadi hadiah terbaik. 

"Semestinya saya menangis dan menangis, akhirnya dapat jumpa pemain terbaik dunia," tulisnya.

Imbas Santiago, dia turut memohon maaf seandainya mengganggu Messi dengan permintaan untuk bergambar.

Namun, pemain itu tersenyum dan meminta agar dia tidak risau.

Biarpun bertemu sekitar seminit sahaja, Santiago menyifatkannya seperti satu pertemuan yang cukup lama. - Marca.

Artikel Lain