suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pemain Liverpool dakwa Pogba jadi punca kejatuhan MU

McMahon berkata, Pogba banyak menyumbang masalah buat pasukan Manchester United.

PAUL Pogba banyak memberi 'sumbangan' kepada kejatuhan Manchester United (MU), kata Steve McMahon yang juga bekas bintang Liverpool.

Ujar McMahon, Pogba menjadi sebahagian daripada masalah-masalah yang melanda pasukan itu.

"Pogba bertindak sesuka hati pada bila-bila masa dan kamu tak boleh buat apa sebab tak boleh pecat pemain.

"Para pemain banyak memberi kesan kepada kejatuhan pasukan," katanya.

Malah katanya, MU juga seolah-olah jauh dan sukar untuk menjuarai Liga Premier.

"Saya nak tengok pengurus bangkit. Jose Mourinho cuba dan dia tewas kerana pemain sangat berkuasa pada zaman ini," kata McMahon lagi. - Daily Star.

Steve McMahon, Paul Pogba, MU

Artikel Berikut

Artikel Lain