suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho bakal kembali untuk satu projek

Jose Mourinho. Foto PA

JOSE Mourinho berjanji beliau akan kembali untuk permulaan musim 2019/20 selepas kerjayanya di Manchester United berakhir.

Mourinho tidak bekerja sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu, meskipun ditawarkan bekerja di Real Madrid, awal musim ini.

Walau bagaimanapun, Mourinho memberitahu beliau gembira dapat berehat selepas meninggalkan Old Trafford.

Beliau juga begitu teruja untuk kembali kepada pengurusan dengan sebuah 'projek'.

Bercakap kepada stesen radio Perancis, RMC: "Saya mempunyai banyak kualiti dan salah satunya adalah respek kelab lain dan pengurusan mereka. Saya tidak berkata seperti 'kelab ini mahu saya, mereka hubungi saya'.

"Bila saya tinggalkan Manchester United pada Disember lalu, saya segera mengambil keputusan untuk bekerja bermula musim panas.

"Saya berharap untuk bekerja pada Julai ini dalam sebuah projek yang saya sangat suka," tambahnya. - Daily Mail UK

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain