Final FIH: Malaysia tewas kepada Kanada - Sukan | mStar

Final FIH: Malaysia tewas kepada Kanada

Aksi kecewa pemain Malaysia, Fitri Saari (duduk) setelah tewas kepada pasukan Kanada pada perlawanan akhir Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Sabtu malam. Foto: Bernama

PASUKAN hoki lelaki Malaysia terpaksa akur apabila tewas kepada Kanada, lawan yang lebih handal, dalam perlawanan akhir Kejohanan Hoki Siri Final Lelaki FIH 2019 Sabtu malam.

Pasukan negara, yang juga dikenali sebagai ‘The Speedy Tigers' kalah  2-3 kepada pasukan nombor 10 dunia itu.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah turut berangkat menyaksikan perlawanan akhir yang mendebarkan itu.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Meskipun kalah, Malaysia akan menyertai Kanada sebagai dua pasukan pertama melangkah ke Kelayakan Olimpik pada penghujung tahun ini.

Kedua-dua pasukan itu akan mengambil tempat masing-masing bersama-sama pasukan teratas daripada dua lagi Siri Final Lelaki FIH yang akan diadakan di Bhubaneswar, India dan Le Touquet, Perancis, pada Jun ini.

"Kami memperoleh banyak peluang. Saya kurang gembira dengan cara anak buah saya bermain hari ini. Bagaimanapun, saya tetap beri pujian kepada pemain saya, mereka terus berjuang sehingga minit terakhir.

"Kami mendapat dua peluang pukulan penalti tetapi tidak dapat menjaringkan gol. Peluang ini bukan selalu datang, tetapi  namun kami gagal memanfaatkannya," kata ketua jurulatih, Roelant Oltmans.

The Speedy Tigers memulakan jaringan menerusi gol padang Firhan Ashari dalam minit kelapan perlawanan dan aksi semakin rancak pada suku kedua apabila Malaysia mendapat pukulan penalti namun Fitri Saari mensia-siakan peluang itu setelah pukulannya gagal menepati gawang.

Pasukan Kanada terus menyerang dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Scott Tupper pada minit ke-20 dan melebarkan jurang gol dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Brenden Bissett.

Permainan bertambah rancak selepas waktu rehat namun Malaysia, yang bekerja keras untuk menyamakan kedudukan, terus terlepas peluang untuk menjaring gol.

Jaringan gol padang James Kirkpatrick pada minit ke-43 terus melebarkan jurang penguasaan Kanada, bagaimanapun  Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil memberi sedikit kelegaan kepada pasukan negara pada minit ke-53 menerusi jaringan gol padang.

Seminit kemudian Malaysia memperoleh peluang pukulan penalti kedua namun percubaan Faizal Saari itu digagalkan penjaga gol Kanada, Antoni Kindler.

Pasukan negara kembali bersemangat dengan sokongan padu peminat namun sudah terlambat untuk menyamakan kedudukan dan mengheret Kanada sehingga penentuan pukulan penalti.

Terdahulu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Itali mengalahkan Austria 2-1.- Bernama

Hoki Malaysia , Final

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain