suria

Ronaldo lengkapkan koleksi, beli kereta paling mahal di dunia

Model ini buat pertama kalinya dipamerkan sewaktu Pertunjukan Motor Geneva 2019, baru-baru ini.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo dikatakan membeli kereta Bugatti yang bernilai £10 juta (RM54 juta).

Model itu merupakan kereta paling mahal yang pernah dibuat dalam sejarah.

Kereta dengan rekaan unik itu buat pertama kalinya dipamerkan sewaktu Pertunjukan Motor Geneva 2019 pada Mac lalu.

Sebelum ini, Ronaldo membeli sebuah Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport bagi meraikan kejayaan Portugal mengungguli Piala Eropah 2016.

Untuk rekod, Ronaldo juga memiliki kereta Lamborghini Aventador LP 700-4, Ferrari 599 GTO, Porsche Cayenne Turbo, Mercedes-Benz C220 CDI, Bugatti Veyron, dan Aston Martin DB9.

Malah, minat bintang Juventus itu terhadap jentera mewah berkelajuan tinggi bukanlah satu rahsia. - Mirror.

Cristiano Ronaldo, Bugatti, Juventus

Artikel Lain