suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scholes kembali ke Old Trafford, ditawar jawatan selepas rombakan pasukan

Paul Scholes.

MANCHESTER United berhasrat untuk berbincang dengan Paul Scholes mengenai sebarang kemungkinan untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.

Ole Gunnar Solskjaer diberi jaminan bahawa kelab akan melalui proses penstrukturan semula sebelum kempen pra musim.

United masih belum melantik Pengarah Bola Sepak tetapi Metro.co.uk mendedahkan awal minggu ini bahawa Mike Phelan dalam senarai untuk mengisi jawatan Pengarah Tenikal yang pertama di Old Trafford.

Namun Scholes akan ditawarkan jawatan dalam penstrukturan baharu kelab itu.

United mahukan seseorang yang memahami kelab itu bagi membantu proses membuat keputusan di peringkat lembaga pengarah.

Kelab itu turut meneliti beberapa nama bekas pemainnya untuk jawatan tersebut termasuk Darren Fletcher dan Patrice Ecra.

Scholes menghabiskan masa bersama kelab bawah 19 tahun United selepas bersara dan menikmati kehidupannya sebagai jurulatih.

Legenda United berusia 44 tahun itu pernah melatih Oldham tetapi meninggalkan kelab itu sebulan kemudian kerana tiada persefahaman dengan lembaga pengarahnya. 

Paul Schloes, Manchester United

Artikel Lain