suria

Manchester United pilih Scholes?

Khabar angin mengatakan Scholes menjadi pilihan United untuk tugas utama di kelab itu.

MANCHESTER United cuba berbincang dengan Paul Scholes untuk kembali ke Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer diberi jaminan mengenai perlantikannya di kelab dan dijangka akan ada penstrukturan baharu menjelang pra musim ini.

United juga dijangka akan melantik Pengrah Bolasepak tetapi metro.co.uk mendedahkan awal minggu ini bahawa Mike Phelan sebagai senarai pilihan bagi memegang jawatan pengarah teknikal yang pertama.

Bagaimana pun United dikatakan bersedia untuk melakukan perubahan bersar-besaran dan Scholes dipertimbangkan bagi peranan utama dalam barisan baharu kelab nanti.

United sehingga kini dilihat masih belum menetapkan siapa yang akan memegang tugas penting itu dan proses keputusan dibuat oleh ahli lembaga kelab.

Selain jawatan utama, kelab juga turut memperhalusi beberapa nama bekas pemain untuk diberi tuga termasuk Darren Fletcher dan Patrice Evra yang diharap dapat bekerjasama dengan pengarah teknikal kelak.

Scholes kini bersama skuad Bawah 19 tahun United selepas bersara.

Bekas pemain berusaha 44 tahun itu memulakan tugas pertama sebagai pengurus dengan kelab Oldham, namun berpisah selepas bercanggah pendapat dengan ahli-ahli lembaga kelab itu. - metro.co.uk

Paul Scholes, Manchester United

Artikel Lain