suria

Messi julang trofi kejuaraan La Liga buat Barcelona

Messi menjulang trofi juara La Liga kali kelapan untuk Barcelona.

BARCELONA merangkul gelaran juara La Liga untuk kali kelapan dalam tempoh 11 tahun selepas menewaskan Levante 1-0.

Pastinya bintang utama Lionel Messi menjadi punca kemenangan tersebut biarpun diberi tentangan sengit oleh lawan.

Trofi kejuaraan diserah kepada Messi selaku kapten Barca oleh Presiden Bola Sepak Sepanyol Luis Rubiales.

Barcelona merangkul juara La Liga 2018-19.

Barca kini mengumpul trofi juara liga kali ke-26 keseluruhannya.

Pemain kebangsaan Argentina itu terus menjadi inspirasi apabila menjadi tonggak utama mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Jaringan tunggal itu melengkap rekod 34 gol Messi sepanjang musim ini.- Onefootball

Messi, Barca, La Liga

Artikel Sebelum

Ronaldo kumpul 600 gol!

Artikel Lain