suria

Ronaldo kumpul 600 gol!

Ronaldo mengumpul 600 gol untuk aksi kelab keseluruhan.

CRISTIANO Ronaldo mengumpul 600 gol sepanjang kariernya bersama kelab.

Bintang Juventus itu menjaringkan gol penyamaan 1-1 ketika aksi di tempat lawan Inter dalam aksi Serie A awal pagi Ahad.

Rekod tersebut menjadikan Ronaldo mengatasi bintang Barcelona Lionel Messi yang mencatat 598 keseluruhannya.

Ronaldo,34, menyumbat 27 gol untuk Juve pada musim pertamanya selepas tiba dari Real Madrid awal musim ini.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjadi penjaring terbanyak ketika di Madrid dengan 450 gol, 118 bersama Manchester United dan lima gol ketika awal musim bersama Sporting CP.

Daripada 600 gol itu, 102 hasil daripada sepakan penalti dan 46 terus dari sepakan percuma, manakala 87 hasil daripada luar kotak penalti.

Ronaldo mempuyai rekod 311 dalam aksi La Liga, 84 Liga Perdana Inggeris, 20 gol Serie A dan 3 untuk Primeira Liga.

Dia juga mencatat nama dalam aksi Liga Juara-Juara dengan 126 gol lebih daripada mana-mana pemain lain selain daripada 7 gol dalam Kelab Piala Dunia dan dua bagi siri Lioga Super Uefa.

Selebihnya hadir dalam aksi pertandingan tempatan di Portugal, England, Sepanyol dan Itali. -onefootball

Cristiano Ronaldo, 600 gol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain