suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kalau kena pilih antara Ronaldo dan Messi, saya rela tak bermain" - Mbappe

Mbappe enggan memilih antara Ronaldo dan Messi.

PERBANDINGAN antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bukanlah sesuatu yang baharu.

Malah, dua bintang itu sering 'dilaga-lagakan' memandangkan mereka merupakan dua pemain bola paling popular di dunia.

Dalam pada itu, bintang Paris Saint German (PSG) Kylian Mbappe turut memberi respon mengenai perkara itu.

Dia diminta supaya memilih antara Ronaldo dan Messi.

"Kalau saya kena pilih antara mereka berdua untuk bermain dengan saya, saya lebih rela duduk di bangku dan lihat mereka bermain dan pastikan kami boleh menang," katanya.

Biarpun disifatkan ramai sebagai bakal pesaing kepada Ronaldo dan Messi, Mbappe ternyata merendah diri.

Malah, dia juga sangat meminati Ronaldo yang dikatakan menjadi inspirasi kepadanya dalam sukan berkenaan. - Fox Sport Asia.

Kylian Mbappe, Ronaldo, Messi

Artikel Lain