suria

Kecoh pemain Arsenal bergegas keluar padang untuk ke tandas, “Saya harap dia cuci tangan”

Nacho Monreal kembali ke padang selepas bergegas ke tandas. Foto James Marsh/BPI/REX

NACHO Monreal mencetuskan momen pelik dalam Liga Europa gara-gara dia bergegas keluar dari padang untuk ke tandas, semasa perlawanan sedang berlangsung.

Ketika insiden berlaku, pemain Arsenal dan pasukannya menentang Napoli dalam saingan suku akhir.

Beberapa rakaman menunjukkan pemain kelahiran Sepanyol itu melompat penghadang di tepi padang, sebelum berlari kembali menyambung permainannya.

Seorang penyokong melabelkan insiden itu sebagai 'kemuncak Liga Europa' dan seorang lagi berkata: "Saya harap dia cuci tangannya."

Seorang lagi penyokong berpandangan bahawa tindakan pemain pertahanan itu menunjukkan 'tidak respek' kepada pasukan lawan dan saingan itu.

Pasukan Arsenal bagaimanapun berjaya menewaskan Napoli dan bakal berdepan dengan Valencia dalam saingan separuh akhir. - Daily Mail UK

Nacho Monreal, Arsenal

Artikel Lain