Salah antara 100 individu paling berpengaruh di dunia - Sukan | mStar

Salah antara 100 individu paling berpengaruh di dunia

Pencapaian luar biasa Salah tahun lalu membolehkan dia tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia.

BINTANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah menjadi salah seorang daripada enam atlet yang menghiasi muka depan TIME 100, sebuah majalah yang menyenaraikan 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Lima lagi atlet lain termasuklah pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS) LeBron James, pemain bola sepak wanita AS, Alex Morgan, Naomi Osaka (tenis), Caster Semenya (atlet olahraga), Tiger Woods (golf) dan Richard Tyler Blevins atau Ninja (gamer profesional).

Ini adalah kali pertama Salah termasuk dalam senarai tersebut.

Populariti Salah meningkat naik tahun lalu apabila dia menjaringkan 44 gol bagi kempen 2017/2018 untuk Liverpool dan membantu pasukan itu mara ke final Liga Juara-Juara.

Mohamed Salah.

Salah masih tersenarai antara penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringannya hujung minggu lalu ketika membantu Liverpool menundukkan Chelsea meniup peluang pasukan itu untuk menjulang trofi EPL musim ini.

Salah amat disanjung rakyat Mesir.

Bekas pemain bola sepak Mesir, Mido memberitahu CNN pada tahun lalu bahawa Salah merupakan pemain hebat pernah dihasilkan negara itu. - CNN

Mohamed Salah , Liverpool , TIME 100

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain