suria

Solskjaer akui Man United jauh di belakang Barcelona, Messi ada kelas sendiri

Messi sukar dihalang pemain-pemain United pada aksi timbal balik suku akhir Liga Jaura-Juara di Satdium Nou Camp awal pagi Rabu.

OLE Gunnar Solskjaer mengakui Lionel Messi dan Barcelona berada dalam kelas berbeza dengan Manchester United.

Messi menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit (min ke-16, 20') di laman sendiri yang menyaksikan United tes 3-0 (agregat 4-0) dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara.

"Messi berada dalam kelas tersendiri. Dia dan Ronaldo merupakan pemain terbaik dekad sebelum ini.

Solskjaer (kiri) kelihatan kecewa bersama Paul Pogba selepas tewas kepada Barcelona.

"Namun malam ini Messi menunjukkan kualitinya.

"Pasukan Barcelona berada di sini, dan tahap itulah yang kami inginkan. Kamu boleh capai ke sana tetapi banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Jika ingin kembali ke tradisi United sebenar, kami perlu mencabar Barcelona," jelasnya.

Dalam pada itu, Philippe Coutinho mengukuhkan kedudukan gol Barca dengan menyumpat jaringan ketiga minit ke-61. -Dailymail.co.uk

Manchester United, Lionel Messi

Artikel Lain