suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa Bale di Real Madrid akan berakhir - Zidane

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane menjelaskan kepada Gareth Bale bahawa waktunya di kelab itu akan berakhir.

Bale sebelum ini banyak kali dikaitkan dengan perpindahan dari Bernabeu. 

Seperti yang dilaporkan oleh Marca, Zidane tidak menyembunyikan niatnya daripada Bale mengenai rancangan masa depannya buat pemain sayap itu.

Zidane secara terbuka tidak memberi banyak alasan sama ada dia berhasrat untuk mengekalkan Bale. 

Bercakap selepas perlawanan menentang Leganes, dia berkata: "Terdapat baki tujuh perlawanan. Mari lihat bagaimana kita bermain. Akan ada perubahan tetapi Gareth adalah sebahagian daripada pasukan."

Manchester United adalah antara kelab yang dikaitkan dengan Bale, dan ia akan menjadi perhatian sama ada pemain berusia 29 tahun itu akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Bale memenangi pelbagai trofi semasa berada di Real Madrid, termasuk tiga Liga Juara-Juara dan gelaran La Liga. - Daily Mail UK

Artikel Lain