suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wow! Ibu, kakak, adik jom 'Ladies Night' di Stadium Shah Alam esok, masuk percuma

Selangor bakal bertemu Felda United Selasa ini.

GOLONGAN wanita diberi keistimewaan untuk hadir menyaksikan perlawanan Liga Super Selangor menentang Felda United pada Selasa.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memgambil inisiatif untuk memeriahkan Stadium Shah Alam dengan kehadiran penyokong-penyokong wanita.

FA Selangor mengambil inisiatif mengadakan Ladies Night untuk perlawanan bertemu Felda United pada Selasa.

Sempena 'FAS Ladies Night', semua penyokong wanita tidak perlukan sebarang tiket  dan boleh terus masuk.

Lebih menarik FA Selangor turut meminta pandangan daripada semua penyokong Gergasi Merah mengenai cadangan lagu yang akan diputarkan malam esok sempena Ladies Night.

Antara ulang kicau (retweet) oleh penyokong-penyokong Selangor mengenai Ladies Night.

Inisiatif FA Selangor itu rata-rata mendapat pujian netizen dan disambut baik dalam usahanya menyaksikan lebih ramai kaum wanita hadir ke stadium.

"Satu inisiatif yang bagus dari FA Selangor untuk menarik golongan wanita turun ke stadium. Sekali turun pasti akan turun lagi. Good job FAS!" tweet Hykal Mahmood.

FA Selangor, Ladies Night

Artikel Lain