suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joao Felix banyak foto tak senonoh peminat wanita, akui masih solo

Joao mengakui dia tidak mempunyai teman wanita.

SUDAH menjadi lumrah setiap pemain bola sepak, mereka pastinya mempunyai ramai peminat wanita.

Pemain kacak seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Neymar misalnya, mereka digilai ramai wanita di seluruh dunia.

Terbaharu, pemain muda Benfica yang dikhabarkan bakal dibeli oleh Manchester United, Joao Felix turut berhadapan dengan situasi itu.

Lebih parah, peminat wanita Joao bertindak menghantar foto bogel mereka kepadanya.

"Di media sosial, mereka selalu hantar gambar, gambar bogel pun ada," ujar Joao.

Menurut pemain berbakat besar itu, dia sehingga kini masih solo dan tidak memiliki teman wanita.

Malah, Joao berkata, ia tidak menjadi keutamaannya pada masa ini.

"Saya tak fikir cari teman wanita. Saya masih muda. Masih ada masa untuk segalanya," kata jejaka itu. - Daily Star.

joao felix, manchester united

Artikel Lain