'Wang bukan segalanya" - Son hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Korea Selatan - Sukan | mStar

'Wang bukan segalanya" - Son hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Korea Selatan

Kebakaran yang berlaku di daerah Goseong mengakibatkan dua orang maut.

SON Heung-min menderma 100,000 paun (RM539, 825) kepada mangsa kebakaran hutan di Korea Selatan.

Bintang Tottenham tidak mengambil masa lama untuk menghulur bantuan sebaik sahaja mengetahui insiden di tanah airnya yang menyebabkan kematian dua orang.

Son dianggap sebagai hero di Korea Selatan dan antara individu paling awal memberi sumbangan kepada mangsa.

Son bersimpati dengan insiden kebakaran yang berlaku di negaranya.

"Ia tidak ada apa-apa berbanding dengan pengorbanan semua mangsa.

"Walaupun saya tinggal di luar negara, saya tahu apa yang berlaku di negara sendiri. Saya fikir ia sesuatu yang patut dilakukan apabila berlaku insiden seperti ini.

"Saya percaya wang bukan segalanya. Yang penting adalah fikiran untuk melakukan sesuatu kepada mangsa," ujarnya kepada Goal.

Kebakaran yang berlaku pada 5 April lalu berhampiran sebuah resort di Goseong yang menyebabkan kemusnahan hutan sejauh 525 hektar. - Dailymail.co.uk

SON Heung-min , Spurs , Korea Selatan

Artikel Lain