suria

Hazard selangkah sertai Real Madrid

Eden Hazard.

BINTANG Chelsea Eden Hazard dijangka memuktamadkan perpindahan ke Real Madrid dalam tempoh beberapa hari lagi.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas dipersetujui Zinedine Zidane.

Pemain berusia 28 tahun itu berhasrat menyertai Real pada musim panas lalu tetapi Maurizio Sarri menyakinkannya untuk kekal di Stamford Bridge selama satu musim lagi.

Namun pemain sayap itu mempunyai baki kontrak selama 15 bulan dan memberi bayangan bahawa dia tidak akan memperbaharui kontraknya meskipun menerima kenaikan gaji sekitar 300,000 pound sterling seminggu.

Hazard tidak pernah merahsiakan minatnya untuk bekerjasama dengan Zidane dan kepulangan semula pengendali dari Perancis itu menguatkan lagi hasratnya untuk berhijrah ke Bernabeu.

Menurut Marca, Chelsea dan Madrid semakin hampir untuk mempersetujui syarat perpindahan Hazard dan perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya mengenai Hazard pada Jumaat, Zidane enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya tidak akan memberikan pendapat peribadi saya mengenai apa yang akan berlaku kerana musim belum berakhir tetapi saya sentiasa menghargainya," kata Zidane. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain