suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wow! Anak Ronaldo tunjuk skil tendang bola

Matteo menendang bola yang disepak Ronaldo tanpa masalah.

MESKIPUN baharu berusia 18 bulan, anak kembar lelaki Cristiano Ronaldo, Matteo sudah menunjukkan bakat seperti bapanya.

Dalam satu video yang dimuatnaik Ronaldo di Instagram miliknya menunjukkan Matteo membalas sepakan bola yang ditendang bintang Juventus itu dengan kemas.

Matteo dilihat menendang bola tersebut tepat ke arah bapanya itu.

Dia juga dilihat tiada masalah untuk menendang bola tersebut setiap kali bola itu ditujukan kepadanya.

Ronaldo dijangka mempunyai perancangan besar untuk anak lelakinya yang dilihat berpotensi mengikut jejak langkahnya sebagai pemain bola sepak profesional.

Keluarga besar Ronaldo.

Ini bukan kali pertama Ronaldo dilihat berlatih bola dengan mereka.

Ronaldo turut mempunyai tiga lagi anak lain iaitu Cristiano Jr, 8, Eva Maria, 18 bulan dan Alana Martina, setahun.

Pemain berusia 34 tahun itu diketepikan daripada dua perlawanan bersama Juventus akibat kecederaan paha yang diperolehi semasa memperkuat Portugal pada kempen kelayakan Piala Dunia 2020.

Ronaldo dijangka kembali semula memperkuat Juventus ketika bertemu Ajax pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Amsterdam. - Legit.ng

 

Cristiano Ronaldo, Matteo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain