suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khedira kembali bersama pasukan selepas jalani rawatan masalah jantung

Khedira direhatkan sebelum ini selepas mengalami masalah jantung.

SAMI Khedira kembali ke  skuad Juventus menjelang perlawanan Serie A bertemu AC Milan.

Khedira terkeluar daripada skuad Juve sejak Februari lalu berikutan masalah jantung yang  dialaminya.

Pemain tengah itu kini kembali pulih dan dialu-alukan oleh ketua jurulatih Massimiliano Allegri menjelang perlawan tersebut.

Khedira antara 20 nama yang diumumkan skuad, namun Cristiano Ronaldo dan Douglas Costa tidak tersenarai.

Allegri memberitahu, Ronaldo dijangka bersedia bagi perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Juara -Juara bertemu Ajax  Rabu ini.

Juve bakal menjurang trofi juara Serie A minggu ini jika menang ke atas Milan dan Napoli tewas kepada  Genoa.-OneFootball

Sami Khedira, Juventus

Artikel Lain