suria

Tunggu habis musim bincang masa depan Lukaku

Romelu Lukaku. Foto Reuters

EJEN Romelu Lukaku enggan mengulas mengenai masa depan penyerang Manchester United itu buat masa ini.

Lukaku yang menyertai Manchester United dari Everton pada 2017, telah menjaringkan 42 gol dalam 90 penampilan untuk kelab itu.

Bagaimanapun, wakilnya, Federico Pastorello berkata, pemain tersebut akan membincangkan masa depannya pada akhir musim dengan fokusnya pada pada musim ini.

"Pada masa ini dia amat memberi tumpuan pada akhir musim ini," kata Pastorello kepada Sky Sports News.

"Saingan untuk tempat ketiga dan keempat di England sangat sengit, maka biarlah apa yang akan terjadi pada masa akan datang dibincangkan pada akhir musim.

"Ia merupakan musim kedua buat dia di sini dan dia masih akan mempunyai kontrak tiga tahun sehingga berakhir," katanya.

Pastorello memberitahu, Lukaku merupakan seorang yang suka mengetahui budaya dan keadaan bola sepak yang berbeza.

"Dia melihat ada laluan mempunyai kerjaya di negara lain kerana dia ingin memenangi beberapa trofi dan membuktikan dirinya dan mengatakan kepada anak-anaknya -'saya menang di sana dan saya menang di sana dan saya menang di sana' dan 'saya adalah pemain yang sangat baik dalam semua kejuaraan teratas'.

"Jadi mari kita lihat, masa depan amat terbuka tetapi pada masa ini, kita tidak membincangkan tentang itu kerana musim ini merupakan momen yang amat penting," ujarnya. - Daily Mail UK

Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Lain