"The Special One tidak sesuai dengan realiti ekonomi kelab" - Presiden Lyon - Sukan | mStar

"The Special One tidak sesuai dengan realiti ekonomi kelab" - Presiden Lyon

Jose Mourinho

PRESIDEN Lyon Jean-Michel Aulas mengakuinya kelabnya tidak mampu untuk melantik Jose Mourinho menguruskan kelab Ligue 1 itu.

Sebelum ini laporan mendedahkan kemungkinan Mourinho akan berpindah ke Lyon musim baharu nanti.

Mourinho masih bercuti selepas dipecat Manchester United Disember lalu berikutan prestasi buruk skuadnya.

Malah Mourinho sendiri pernah memberitahu berminat untuk berpindah ke Ligue 1 apabila kembali bergelar pengurus.

Aulas mengaku pernah bercakap dengan bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan ketika aksi Piala Dunia tahun lalu.

“Saya bertemu dengannya di Moscow musim lalu, kami bercakap sedikit tetapi bukan perkara berkaitan ke Lyon. 'The Special One' tidak sesuai dengan realiti situasi ekonomi,” jelasnya kepada L’Equipe

Perkara tersebut timbul selepas Aulas pada Rabu, mendedahkan bahawa tidak akan menyambung kontrak pengurus Bruno Genesio yang tamat musim ini. -Dailymail

Lyon , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chong Wei sedia sahut cabaran Lin Dan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain