suria

Zidane idam pemain pertahanan Manchester United

Kontrak Bailly bersama Manchester United masih berbaki 15 bulan.

REAL Madrid mahu pemain pertahanan Manchester United Eric Bailly kembali ke Sepanyol musim depan.

Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 24 tahun itu menjadi sasaran utama pengendali Real Madrid Zinedine Zidane.

Bailly jarang dilihat dalam skuad utama Ole Gunnar Solskjaer musim ini berikutan kecederaan berterusan yang dialaminya.

Dia juga dilaporkan bersedia untuk mengubah angin pada jendela perpindahan pemain musim depan.

Dalam pada itu, wakil Bailly sedar bahawa United juga sedang mencari beberapa pemain pertahanan baharu pada musim depan.

Difahamkan Real Madrid telah lama mengidam untuk dapatkan khidmat pemain itu sejak 2016 selepas Bailly berpindah dari Villarreal ke United.

Kontrak Bailly di Old Trafford berbaki 15 bulan sahaja lagi, namun tidak ada sebarang perbincangan sambungan yang menyebabkan Bailly kecewa.

Bailly hanya beraksi 13 perlawanan keseluruhan musim ini dan dijangka tidak cergas bagi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan dengan Barcelona  11 April ini. - Dailymail

Artikel Lain