suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola beri amaran, "banyak lagi yang akan muncul dari kami"

MANCHESTER City berpesta dengan tujuh gol (agregat 10-2) menyingkirkan  Schalke untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Namun pengurus City Pep Guardiola mengakui lebih banyak yang akan muncul dari pasukannya.

Gambar itu sepatutnya memberi gerun kepada semua pasukan Eropah memandangkan City kini sudah meledak 61 gol sejak Tahun Baru.

"Saya memberitahu pasukan kami masih remaja dalam pertandingan ini, tetapi saya tidak cakap bahawa kami takkan berjuang.

Pep Guardiola

"Remaja mempunyai kesabaran, keinginan dan mereka tidak takut. Kami cuba untuk mencapai buat kali kedua dalam sejarah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

"Inilah sebabnya apabila orang beritahu kamu harus menang, (maknanya) kamu perlu menang. Apabila kamu tersingkir dalam aksi suku akhir, ia merupakan bencana. Ia tidak adil.

"Real Madrid dan Atletico Madrid sudah terkeluar, begitu juga dengan PSG dan ia tidak adil. Ini pertandingan yang sememangnya sukar.

"Banyak pasukan yang luar biasa, jadi apabila kami berjaya melepasi pusingan peringkat kumpulan, saya sangat gembira. Ia sangat menarik berada di pentas suku akhir buat kali ketiga dalam sejarah," jelasnya.

Pada saingan pertama sebelum ini, City menang 3-2 ke atas Schalke.-dailymail.co.uk

Manchester City, Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain