suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengamuk tugu tak sama dengan wajahnya, Beckham tak sedar ia prank semata-mata

STADIUM LA Galaxy akan mempamerkan tugu David Beckham bagi menghargai legasi pemain popular itu.

Beckham bagaimanapun kelihatan berang dan tidak berpuas hati sewaktu dipertontonkan hasil kerja berkenaan tanpa menyedari ia adalah tugu palsu sahaja.

Video tersebut merupakan prank yang diterbitkan menerusi rancangan The Late Late Show, kendalian pengacara popular James Cordon.

Menerusi video itu, Beckham ternyata tidak berpuas hati dengan tugu yang dihasilkan berdasarkan wajahnya.

Selain kelihatan tidak sama dan hodoh, Beckham juga terpaksa melayan kerenah beberapa individu yang berlakon sebagai peminatnya, menerusi prank itu.

"Ini berlainan dengan tugu yang syaa lihat di Chicago. Kenapa dagu makin panjang?

"Langsung tak sama dengan saya. Tengok matanya. Rambut je yang elok. Macam mana boleh jadi begini?

"Nasib baik isteri dan ibu bapa saya sahaja yang akan datang tengok. Kalau anak-anak saya datang dan tengok tugu ni, mereka akan menangis" ujar Beckham tanpa menyedari ia hanyalah prank semata-mata.

Berang dengan penghasilan tugu tidak berkualiti itu, Beckham juga mempersoalkan jika ia benar-benar akan dipamerkan di Stadium LA Galaxy kelak.

Dia bagaimanapun menyedari ia sekadar prank apabila Cordon memasuki set tersebut.- Mirror.

David Beckham, James Cordon, Tugu

Artikel Lain