suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Birmingham City dipenjara gara-gara serang kapten Aston Villa

Mitchell (kanan) menyerang kapten Aston Villa dari bahagian belakang.

SEORANG penyokong BIrmingham City dipenjara gara-gara menumbuk pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish.

Paul Mitchell,27, dijatuhi hukuman penjara 14 minggu selepas didapati bersalah melakukan serangan tersebut.

Ketika insiden, Mirchell telah melompat penghadang tenpat duduk penyokong untuk ke padang ketika aksi Ahad lalu dan menyerang Grealish,23 dari bahagian belakang.

Mitchell (depan) ditahan pegawal keselamatan selepas menyerang pemain Aston Villa.

Pengawal keselamatan berjaya menangkapnya dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Mitchell mendakwa dia tidak mabuk ketika serangan dan bersama bapanya dan ia sekadar bergurau.

Biarpun dikejutkan dengan insiden tersebut, kapten Aston Villa itu berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus kemenangan berpihak kepada mereka.

Pemain itu kemudian memuat naik status 'best day  of his life' di Instagram dengan kapsyen "The cream always rises." - metro.co.uk

Birmingham City, Aston Villa

Artikel Lain