suria

Tak dapat tidur gara-gara kalah kepada MU, Mbappe berazam tak mahu buat hal lagi

PEMAIN muda berbakat besar, Kylian Mbappe mengakui tidak dapat tidur susulan kekalahan pasukannya.

Menurut Mbappe, kekalahan Paris Saint-German (PSG) kepada pasukan Manchester United (MU) membuatkan dia banyak berfikir.

"Saya terkejut. Kami bekerja keras sehingga saat ini.

"Saya tak boleh tidur. Saya rasa orang lain dalam pasukan ini pun mengalamai perkara sama seperti saya," kata Mbappe.

Menerusi perlawanan tersebut, MU menjaringkan tiga gol manakala PSG sekadar menghasilkan satu jaringan.

Menurut pemain berusia 20 tahun itu, dia juga enggan membuat sebarang tindakan bodoh yang boleh menjejaskan imej pasukan itu.

"Dengan kekalahan ini, banyak masalah yang akan timbul.

"Saya tak mahu hal peribadi saya menambah masalah mereka," ujar Mbappe yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu sebelum ini. - BBC.

PSG, MU, Kylian Mbappe

Artikel Lain